9.5.11

::CD 29::

emm..hari ni cycle day 29 sudaa...
sy check suhu hari ni masih 36.99 c..uhuk..harap2 suhu ni dah tak turun2 dah..
InsyaAllah!


* kat bawah ni adalah contoh BBT bagi org pregnant. Suhu bila dah hujung2 tu dah tak turun da, mesti kat atas je, 36.99, 36.70, 36.80...tapi yang ni bukan BBT saya pun..hehe..

3.5.11

::Makanan Kotor::

Pernah tak beli makanan kan, pastu makanan tu bau lipas?

uhuk benci...kempunan saya nk makan bihun sup. Ape punyer pengotor la kantin kat sini..blueeekk!

28.4.11

::Suburnya Kamu::

Pagi tadi mase tengah beli makan bekpes kat kantin opis..

saya: Eh "A", hai ape khabar?
"A" : Baik..

Saya: Tahun ni awak tak (perbualan yang di t....ut kan?) ;p
"A" : Tak..saya pregnant!

gulp..telan liur saya. seronoknyer dah peknen lagi..dah masuk anak yang ke tiga. wahh senangnyer lekat kan? Bahagian and rezeki masing2..seronok bagi pihak "A" sbb rezeki melimpah ruah. Ya Allah kurniakan lah kami zuriat ya Allah!

Seronok kan tengok depa yang subur2 ni? siap boleh plan bile nk ML untuk dapat baby..uhuk~~~

27.4.11

::KITA BAKO! KITA BAKO!::

Meh nk bagi tau sikit..hehe

takde pape pun, sbnanyer baru dapat emel daripada mmbr opis tadi, rase cam nk kongsi ngn kawan2 sume..!

KESAN SYAITAN KE ATAS PEMBACA/PENGAMAL AL_QURAN

Saat Anda membawa Al-Quran, syaitan biasa biasa saja...tengok je..

Saat Anda membukanya, syaitan mulai curiga.
Saat Anda membacanya, ia resah dan gelisah.
Saat Anda memahaminya, ia kejang kejangan.
Saat Anda mengamalkan Al-Qur'an dlm kehidupan sehari-hari. ia
stroke. ............Teruskn membaca & mengamalknnya agar syaitan terus
stroke .


Moralofthestory:- Bacelah al-quran supaya syaitan2 ni tak berani dekat pun dengan diri kita dan keluarga kita.

26.4.11

::Tertekan Ke Saya?::

Pernah tak org tanya pada kawan2 semua soalan yang macam kat bawah ni...

Berapa lama awak dah kawin? (of course la sy akan jawab..dah 2 tahunn..)

Awak dah ade anak? (hmm..belumm)

soalan & kesimpulan org2 ni akan buat bile kite dah jawab dengan jujur tu kan.............

kenapa, Awak byk stress@tertekan pasal keje ye..sll tensen kot..

*******

Tertekan? stress?
Sampai bile nk stress, tertekan, tensen? takde maknenye..klu acek tertekan tak ke gila namanya.
sy tau bile masa sy tertekan, sy tau keadaan sy bile tertekan.
Sy tau bile masa sy stress soal keje..sy tau semua tu melalui keadaan fizikal dan menta yang akan berubah bile stress. Tapi itu cuma bermusim saje. Klu setakat kerja2 rutin perlu ke tertekan. dan lagi satu pada org yang bertanya itu, muka sy ni ade nampak sll tertekan ke?

Nak je sy jawab...soalan n kenyataan awak tu la yang sll menyebabkan sy tertekan.

Sekian, terima kasih.

::Kenapa Tak Dapat Buat IUI::

hanya sekadar berkongsi dengan sesiapa yang sudi n hanya kepada follower shj!

Emel saya untuk kata kunci @

fadwah83@gmail.com


25.4.11

::Hikmah atau Ujian::

25.04.2011 - tarikh ni sepatutnya menjadi tarikh keramat utk saya dan suami. Hari yang sepatutnya sy menjalani prosedur IUI. Namun Tuhan lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hambanya. IUI terpaksa ditangguhkan.

Perasaan suami jangan cakap lah, bila sy khabarkan berita ini pada suami, pertama kali sy lihat riak muka suami yang sangat keciwa. Minta maaf sayang, perkara ini di luar kawalan sy. Mungkin jauh di sudut hati suami sangat berharap prosedur ini akan berjalan lancar. Persediaan mental + fizikal pun dah mencukupi tapi....sy yakin ada hikmah di sebalik semuanya ini. Allah Maha Berkuasa. Mungkin Tuhan ada rancangan yang lebih untuk saya di  masa akan datang.