25.2.11

::Aku & Doa::

Pernah rase tak??

Rase ape??

Rase macam doa tak diterima...uhuk, Jangan sekali2 fikir macam tuuu...Allah itu Maha Berkuasa. Allah itu Maha Mendengar Doa Hamba-hambanya.

Bersangka baiklah dengan Allah kerana :-


Bila ALLAH cepat makbulkan Doamu, Maka DIA Menyayangimu, Bila DIA Lambat Makbulkan doamu, Maka DIA Ingin Mengujimu, Bila DIA Tidak Makbulkan Doamu, Maka Dia Merancang Sesuatu Yang lebih Baik Untukmu. Oleh itu, Sentiasalah Bersangka Baik Pada ALLAH Dalam Apa Jua Keadaan Pun...

21.2.11

~ 1st time menang GA~

Uhuk..senyum sampai telinga bila buat entry ni.

Many thanks to Pn.Stoberi untuk GA "Meh Teka Working Anniversary"


Tak sangka lak 1st time jd follower pn stoberi n 1st time masuk contest dapat menang GA.
yeay! macih k.reen!

Magnet Bunny yg sy menang, cute kan! sebenarnyer memang suka kumpul magnet2 ni, dah  byk collection sy, klu ade mase nnt sy share..;)








::Rawatan Pertama::

Cam drama lak ade episod2, tapi mmg terpaksa sbb cetenyer panjang.

Sekitar Nov@Dis yg lalu sy buat pertama kali pergi ke pusat rawatan zamdurrani. Kalau nk tahu lebih lanjut mengenai pusat rawatan ni, boleh singgah sini. Berkobar-kobar saya pd hari tu sbb 1st time nk jmpe dengan Us. Sharhan. Awal2 pagi dah bangun n kejut suami then terus siap2. Dalam kul10 pagi (awal la sangat kan..;p) kami pun bertolak ke pusat rawatan yang terletak di Bukit Lanjan. Biase la dah namanya 1st time sesat la pulok. ntah mn2 peginyer, pusing 2-3 kali tapi tak nampak juga bangunan pusat rawatan ni. Mungkin ujian drpd Allah nk tgk kesabaran kami. Akhirnya setelah mencuba mcm2 lorong yg ade, baru lah jumpe bangunan tersebut tapi MasyaAllah....ramainyaaaaa manusia. Sy pandang suami, alamak mcm mn ni...(Suami jenis yg tak suka tunggu lama2, cepat boring..uhuk). Abang mcm mn ni ? Ramainyer orang sampai kene berdiri n beratur di luar. nasib baik kali ni suami cool je n dia minta sy masuk untuk registration. 

Bile sy masuk ke dalam memang jgn cakapla, ramainyer manusia, drpd baby, budak kecik, remaja, dewasa sume ade. Ketinggalan rupanya sy selama ni. Dah ramai yg tahu tentang kaedah rawatan berdasarkan Al-Quran ni. Alhamdulillah orang islam dah ada kesedaran tentang keagungan Al-Quran. Harap2 nya dah tak ada lagi yg nk minta jampi drpd bomoh2 yang kite tak tahu ape jampi yg dia pakai. 

Selepas registration, kami pun tunggu giliran, yang bestnyer giliran kami yg ke 130++. terkejut juga masa mula2 tu, tapi staf di situ cakap, mereka akan panggil 10 org bagi setiap sesi sbb klu panggil sorg2 sampai esok pagi tak habis..hehe. Staf tu bgtau lagi nnt bile semua 10 org dah masuk then sorg2 kene cete masalah. Alamak malu la plak nk kene cete masalah depan org ramai. Isk..gelisah betol hati saya..maluuu. Sy pun beranikan diri utk jumpe dengan staf tersebut dan minta dia buat exception utk sy, Ecehhh berani sungguh cam VIP plak. Tapi dia setuju sbb sy ckp masalah sy sangat personal. Bila smpi giliran kami, staf pun panggil kami masuk dalam satu bilik private n jumpe Us. Sendiri. sy pun bercerita dengan Us. masalah yg sy alami dan soalan pertama yg keluar dr mulut Us. ialah :-

Ustaz: Awak dah ade anak?
Saya: Erm, blom ustaz.

Ustaz: Itu lah salah satu punca kenapa awak takder anak.
Saya: (gulp)..owh betul ke kalau sll istihadhah ade makhluk yg mengganggu sistem rahim kita ustaz?

Ustaz: kalau istihadhah ni takder lain memang bende tu. 
Saya: Lagi satu ustaz, sy ade amalkan mendengar ruqyah dan semenjak itu, istihadhah sy berpanjangan dan susah nk berhenti

Ustaz: memang bende tu tgh berlawan dengan ayat2 al-quran tu, takpe masuk bilik sebelah..(bilik rawatan)dan sy akan jampi. 

Saya dan suami pun bergerak ke bilik sebelah dan rawatan dijalankan. Untuk rawatan pertama ni kami diberikan 4 botol air zam-zam. Us. minta kami semua buka botol dan baca alfatihah, ayat kursi dan selawat sambil us. menjampi. Us. jampi dengan bacaan ayat al-quran juga tau jgn salah faham perkataan jampi tu ye. Sekejap je utk rawatan ni, lepas selesai us. jampi then beliau terangkan air perlu diminum setiap kali lepas solat dan hanya seteguk shj setiap kali minum. Rawatan pertama ni juga dikenali sebagai proses scanning iaitu dalam masa 2 minggu mengamalkan air zam-zam yang dijampi us. pesakit akan mengalami mimpi. after 2 weeks dtg balik ke pusat rawatan dan beritahu us. apa mimpi yg dialami dan rawatan seterusnya akan dijalankan mengikut mimpi masing2. 

Kos untuk rawatan pertama 

Pendaftaran pertama : RM80
Air zam-zam             : RM20 (sebotol)

Jumlah :                    : RM160.

Kalau ade apa2 pertanyaan mengenai rawatan ni leh tinggalkan comment ye, sy akan sedaya upaya menjawab kemusykilan kawan2 yg sy kasihi. 



20.2.11

::IsTiHadHah (3)::

1st time saya tengok rawatan yang dilakukan live di TV3 oleh Us. Sharhan ialah rawatan mengeluarkan susuk..uhuk maafkan saya ye, tajuk yang sebelum ni saya cakap 'rasuk' tu sebenarnyer 'susuk'..hehe..saya sangat kagum dengan kaedah rawatan dengan menggunakan ayat al-quran ini, masyaAllah hanya dengan Air zam-zam dan bacaan ayat alquran kepada pesakit, susuk tersebut berjaya dikeluarkan.


Berbalik kepada penyakit istihadhah yang saya alami. Selepas sy tengok rancangan tu, tangan saya mula pantas bertanya pada pkck google tentang kaedah2 dan rawatan2 islam sehinggalah sy menemui satu kaedah yang dipanggil ruqyah. Dari apa yang saya faham ruqyah ini ialah kaedah rawatan dengan menggunakan ayat2 al-quran dan zikir2 serta doa2 yang diajarkan oleh Rasulullah S.A.W. Subhanallah! kenapa baru skrg sy tahu mengenai kaedah ini. Sesungguhnya selama ini memang sy lupa bahawa Rasulullah telah meninggalkan umatnya dengan 2 perkara iaitu al-quran dan As-sunnah. Ya Allah maafkan hambamu kerana terlalu lalai dengan nikmat dunia yg engkau berikan Ya Allah.


Jari jemari sy pantas lagi bertanya pd pkck google dan kali ini mengenai ruqyah pula sehinggalah saya menjumpai mp3 ruqyah dan bacaannya. Sy terus download dan mendengar bacaan2 tersebut sama ada sebelum tidur mahupun di office. Tapi apa yg sy bace di blog2 mengenai ruqyah, ayat2 ini tak boleh dipasangkan di dalam kereta kerana bimbang akan memudharatkan atau berlaku kemalangan. 


Apa yang menarik semasa saya mengamalkan mendengar dan mengikut bacaan ruqyah ini ialah darah istihadhah sy tidak henti2 mengalir. Tidak seperti sebelum ini, darah akan berhenti sekejap dan dtg seperti dijadualkan. tapi kali ni istihadhah mengalir berterusan dan sy mula tertekan. Ya Allah sy berdoa siang dan malan supaya diberikan jawapan apakah hikmah disebalik ujian yg menimpa diri sy. Namun sy bersyukur kerana mendapat seorg suami yg sgt memahami dan sanggup menempuhi ujian ini bersama2 dgn saya. Terima kasih ya Allah. Disebabkan darah yang tak berhenti mengalir, sy mula tertanya mungkinkah bacaan yg sy amalkan ada salah di mana2 atau urutannya mungkin tidak betul atau.....macam2 yg bermain di fikiran sy. Dalam kerisauan, sy masih teringat dengan saranan buku yg sy bace dulu iaitu wanita yang istihadhah perlu berjumpa dengan org alim. Jadi sy berbincang dengan En. Suami untuk pergi ke Pusat Rawatan Zamdurrani dan berjumpa sendiri dgn Us. Sharhan. Alhamdulillah seperti yg dijangka En.Suami sgt memahami dan membenarkan sy mencubanya.


hmm...panjang lagi cete ni...sy nk solat dulu...uhuk~~~


To Be Cont......









18.2.11

::IsTiHadHah (2)::

Dah lama saya mengalami istihadhah ni. Senang cete mase saya sekolah menengah dulu la...saya pun tak tau apa puncanya.

Dah banyak kali juga saya jumpe doktor dan hasilnyer, berbakul2 ubat hormon kene telan..sbb bile doktor cek rahim semuanya ok so doktor buat kesimpulan it has got to do with hormon imbalance. So dari secondary school dah pandai telah ubat ni...uhuk!..

Tapi yang pelik, bile saya makan ubat..ok alhamdulillah period teratur seperti biasa..tapi bila ubat dah habis dan saya tak cont amek ubat, istihadhah ni akan datang balik..Yang lagi pelik, period datang every month tapi lepas period mesti ada istihadhah. Lepas seminggu atau 10 hari istihadhah then darah stop. Then saya dtg period balik..hmm,, macam tu la yang saya alami pada tiap bulan. sampai saya da kawen ni. Orang kata lepas kawen period akan lebih teratur. tapi in my case, tak jalaaann juga.

Sepanjang saya mengalami istihadhah ni saya selalu juga baca-baca buku yang berkaitan tak kira sama ada dari segi perubatan moden atau pun tradisional dan dah macam2 ubat tradisional juga saya dah ambil yang rata-ratanya MENJANJIKAN PENYEMBUHAN YANG CEPAT DAN PENGALIRAN DARAH YANG LEBIH TERATUR. Tapi, Allah lebih berkuasa, hanya Allah yang tahu apakah hikmah di sebalik ujian yang diberikan kepada hambanya. Semua ubat-ubat tu tak jalan jugak. Hanya ada satu cara rawatan yang buku-buku ni suggest yang belum pernah saya cuba iaitu...BERJUMPA ORANG ALIM atau berubat cara islam.


Lately, ade banyak rancangan2 agama di TV dan dengan kuasa Allah, satu hari saya tengok Al-Kuliyyah dan tajuknyer berkaitan dengan gangguan2 iblis dan syaitan ni lah..kalau tak silap saya "RASUK" kot tajuknyer..tak ingatlah. Dan daripada situ, saya mengenali pusat rawatan zamdurrani yang diasaskan oleh Us. Sharhan Shafie. 

Jadi, tergeraklah hati saya untuk mencuba kaedah rawatan yang berasaskan ayat al-quran ni. Subhanallah, mungkin Tuhan dah beri petunjuk untuk saya kembali memohon pertolongan kepadaNya semata-mata. Ya Allah, sesungguhnya engkaulah yang MAHA mendengar doa hamba-hambamu Ya Allah. 


To Be Cont....

16.2.11

::IsTiHadHah::

Ramai ke yang tau pasal istihadhah??

Istihadhah ni ialah istilah bahasa arab..klu org2 kite sll panggil darah penyakit, lebihan darah yang keluar berpanjangan selepas haid. 

Contohnyer:- Yang dipanggil darah haid tu bile darah kuar dalam tempoh masa 1-15 hari kan..tapi istihadhah ni yang keluar selepas 15 hari tersebut, dan berpanjangan, dan kalernyer pink2 comey je, tak macam darah haid. dan lagi satu yang buat stressnyer die dtg sikit2 tak heavy macam haid. hehe mcm mn aku tau sume ni,,,,

Ye, sebab saya juga mengalaminya. 

Saya pernah terbace dalam satu buku agama, darah isthadhah ini bukannyer penyakit zaman moden tapi mase zaman nabi dulu pun dah ade tapi saya tak ingat pulak nama wanita yang alami tu. Menurut buku tersebut, sekiranya seorang wanita mengalami istihadhah hendaklah die berjumpe dengan org2 alim kerana ada aktiviti2 makhluk Allah yang bernama syaitan/iblis di dalam rahim.

hehe..saje sekadar berkongsi...


To Be Cont.....

14.2.11

::Doa Dan Amalan Memperolehi zuriat::

:.Never give up.:

Ye, memang sll saya ingatkan diri saya, jangan sesekali lupa untuk berdoa kepada Tuhan yang maha Esa!

Mase tgh rajin bace2 blog rakan2 td, terbace satu entry ni mengenai Amalan-amalan yang disarankan oleh Ustazah Nor Bahiyah untuk mendapatkan zuriat..hehe yeah! sngt gembira..meh saya kongsi dengan rakan-rakan yang sudi..













Amalan-Amalan tersebut ialah :-


Amalan pertama.

Selepas Fajar ataupun Solat Subuh
- Baca Bismillah 1 kali
- Kemudian selawat kepada Nabi Muhammad SAW 3 kali.
- Setelah itu sujud dan baca kalimah syahadah 101 kali
- Dalam sujud tersebut mohonlah kepada Allah apa yang kita hajatkan. (Umpamanya: “Ya Allah, kurniakanlah kepada hamba mu zuriat atau anak yang soleh yang Engkau berkati di dunia dan akhirat)
- Kemudian tutup doa tersebut dengan membaca selawat 3 kali.
Amalkanlah cara ini baik suami ataupun isteri selama 15 hari atau teruskan jika masih belum berhasil dan jangan merasa putus asa. Sebab Allah tidak suka terhadap orang yang suka berputus asa.



Amalan kedua.

-Suami hendaklah membaca “Ya Mutakabbir” (Allah Yang Maha Memiliki Keagungan ) sebanyak 11 kali sebelum mengadakan jimak.
-Isteri hendaklah membaca “Ya Awwal” (Yang tiada permulaan adaNya) 333 Kali setiap hari.
-Isteri hendaklah membaca setiap hari “Ya Zaljalaali Wal Ikram” 11 kali kemudian tiup di dalam air dan air tersebut diminum.
-Suami isteri hendaklah membaca surah Yusuf / surah Maryam setiap hari.
Amalkanlah dengan penuh harap agar dimakbulkan oleh Allah SWT akan zuriat yang baik dan mendapat rahmat daripada-Nya.

Bagi mereka2 yang tengah pregnant juga ade amalan-amalan untuk mendapatkan zuriat yang baik. cuba visit sini ye

13.2.11

Ramai manusia bertopengkan syaitan!

KENAPA RAMAI SGT YG SUKA MENCURI SKRG NI! KENAPA RAMAI YANG SUKA MERAGUT BEG TGN MAKCIK2 YG NK G PASAR, NAK G SURAU! KENAPA RAMAI JUGA YG SUKA REMBAT DUIT TABUNG DI SURAU! KENAPA RAMAI YG SANGGUP PANJAT PAGAR RUMAH ORG UTK DAPATKAN SELIPAR / KASUT UTK JUAL BALIK! MCM2 LAGI YG MEREKA SANGGUP BUAT UTK DPT APE YG NAFSU MEREKA INGINKAN!  HAIH......AKHIRNYA MASYARAKAT KITA JUGA YG HIDUP DLM KETAKUTAN!

11.2.11

'Indahnya Tuhan Jadikan Makhluk bernama Wanita'

Semalam berjumpe doktor di LPPKN.

Mase berjumpa dengan DR. beliau terangkan semuanya dari A-Z ape yang berlaku dalam setiap bulan kehidupan seorang wanita - (En. P yang dtg every month tu). Terasa kerdil diri ini di sisi Tuhan semesta alam. Indah sungguh ciptaanNya.



Apabila lahirnya seorang bayi perempuan ke dunia ini, kilang telur di kiri kanannya sudah mula terbentuk. Benih telur telahpun tersedia di dalam kilang-kilang tersebut tetapi dengan Kuasa Allah, tiada siapa pun yang tahu berapa jumlah telur yang dibekalkan oleh Allah kepada hambanya. Subhanallah! Namun  kanak-kanak perempuan berumur 1-8 tahun tidak akan mengalami haid kerana pembentukan hormon masih dalam proses. Sehingga meningkat remaja, hormon semakin meningkat dan kilang telur mula bekerja. Maka remaja perempuan berumur 9 atau ke atas akan mengalami haid.

Bermulalah kitaran ini pada setiap bulan bagi seorang wanita di mana pada setiap bulan satu telur akan dipilih and again dengan Kuasa Allah tiada sesiapa pun yang mengetahui telur mana yang akan dipilih sama ada dari kilang sebelah kiri mahupun sebelah kanan. Subhanallah! Kemudian telur ini akan dirangsang oleh hormon-hormon wanita daripada ia kecil sehingga menjadi besar. Apabila telah besar, salah satu hormon wanita dipanggil P4/progestrone akan mematangkan telur tersebut kemudian pecah dan seterusnya keluar dari kilang menuju ke hujung tiub fallopio. MasyaAllah di situlah nnt pertemuan En. Sperm dan telur itu. Sekiranya En.Sperm berjaya bersatu dengan telur td maka terbentuknya makhluk Allah yang indah yang dipanggil bayi. Namun sekiranya tiada persenyawaan atau tidak berjaya bersatu maka turunlah ia sebagai darah haid. Di sini bermulalah semula pemilihan telur yang lain dari kilang seseorang wanita dan ini berlaku pada setiap bulan sehingga telur habis. Masya ALLAH. Indahnya ciptaan Tuhan. 


Sesungguhnya Tuhan itu maha pengasih lagi maha penyayang. Ada antara wanita-wanita yang diciptakanNya telah dipilih untuk diuji keimanan dan kesabaran mereka. Antara hormon-hormon terpenting wanita adalah Hormon Follicle Stimulating Hormone (FSH)Luteinizing Hormone (LH), dan Progesterone (P4). Sekiranya salah satu daripada hormon-hormon tersebut tidak seimbang, sama ada terlebih atau terkurang, maka terjadilah keadaan di mana terdapat telur yang tidak matang, telur yang tidak menetas, haid tidak regular, haid mengambil masa seperti 2-3 bulan sekali dan sebagainya. Disebabkan itulah juga tejadinya masalah sukar hamil. Di samping itu terdapat juga masalah-masalah lain seperti rahim tidak terbentuk dengan sempurna, saluran tersumbat dan sebgnya. Perkara-perkara inilah yang memerlukan rawatan dan ikhtiar. InsyaAllah setiap penyakit pasti ada penawarnya kecuali mati. 

Sesungguhnya Tuhan itu Maha Berkuasa. Hanya dialah yang mengetahu Perjalanan hidup hamba yang diciptakanNya. Berdoa dan bertawakkallah kepadanya seiiring usaha yang tidak putus, kerana sesungguhnya Allah suka akan hambanya yang bertawakkal. 



9.2.11

Sakit ke buat HSG? (3)

Segarnyer pagi2 ni, dok kat opis n kelaparan..hehe

Hm, terpk pasal esok. hariyg ditunggu2 utk jumpe doktor di LPPKN yeah! Baru 1st time saya nk jumpa doktor ni..berdebar-debar plak. Untuk yang tak tau atau baru servey2 nk buat rawatan di LPPKN, banyak prosedur yg perlu kite lalui dulu b4 dapat jmpe doktor.


  1. Suami n isteri datang klinik n cek sperm suami, ade la sesi temuduga sket (xyah amek cuti, amek je time sleep).*
  2. Bile keputusan sperm keluar n OK, baru ke step strsnye..amek darah utk isteri shj pada hari ke9 cycle period. Yang ini utk cek hormon katanya.(amek time sleep juga)*
  3. Buat appointment lagi untuk hari ke 21 untuk ambil darah lagi bagi suami n isteri plak. yang ni untuk cek sama ada isteri ade telur atau tak n ujian HIV.(time sleep juga)*
  4. Pastu depa soh g buat HSG di Hospital Tawakkal (recommended) sebab paling murah, hari tu saya buat hanya RM120.

* Bagi org yang ade di sekitar KL/Sel shj, klu jauh terpaksalah amek cuti ;)

hah..sebut pasal HSG...ni yg saya nk cete ni..hehe pengalaman saya HSG.

Tanggal 15 Januari 2011, cewah..pagi2 lagi hati dah dup dap dup dap sbb takut nk buat HSG. Pukul 7.30 dah bertolak dengan En. Suami kesayangan saya ke Tawakkal di KL. Tuhan saja yang tahu perasaan saya. Takut, tak confident, nak balik, tak nak buat, seriau, sume ade. Time saya pegi tu mmg tader org sbb ari sabtu. So, saya lah org 1st sekali. Tunggu masa jelah...

Then nurse pun panggil :-

nurse : Pn., sila masuk ke teater room ye..
saya : uisk cam nk wat operation je teater2 ni...(uhuk..lam ati je)

saya pun akur...

nurse : Pn tukar baju, tinggalkan kain aje ye then baring atas tu.
saya : ok, erm..nurse sakt ke, ramai tak yang buat kat sini?

nurse : Rase mcm nak period je, ramai sgt smpi da tak terkira...
saya : owh ok...(diam...nervousssssssss banget)

Sementara tunggu doktor, nurse pun bgtau la prosedur2 yang menakutkan itu...doktor akan masukkan sejenis cecair dengan menggunakan ape ke bende ntah nama besi tu tak ingat. pastu mereka akan ambil gambar ke mana cecair tu mengalir dan sekaligus dapat tau tube falopio dan rahim berada dalam keadaan elok atau tak.

owh berdebar..tambah2 lagi En.Suami kesayangan tak dibenarkan masuk sbb takut effect sinaran ultra tu. huh cam otromen la plak..

Setelah lebey kurang 10 minit aku dok terbaring tu doktor pun datang...dan tanpa buang masa, doktor ni pun mulakan kerjanya. pantas sungguh tak sempat saya nk bertenang. Mungkin die pun byk keje kagi kot. then bermulalah proses itu...

Doktor : Ok Puan, relax ye, klu pn tak relax lagi sakit..nnt rase senak2 sket je ye..relax dan jgn tegangkan kaki..

dengan sedaya upaya aku cuba relaxkan diri aku dengan menarik nafas dan melepas nafas beberapa kali. Then ade terasa bende menusuk ke v*****a..uhuk..tersentak juga!..kemudian baru proses memasukkan dye.  Memang terase juga senak2 di perut mase masukkan dye tapi alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Rahim saya dalm keadaan elok dan both tube clear. Alhamdulillah! syukur pad Allah. hmm...basically itu shj prosesnyer..Then, dah boleh keluar n jalan seperti biase, g makan2, g jalan2..dan balik umah wat keje umah..hehe..Yeay! The Fear factor has been solved.

So, bagi sesape yang belum lagi buat prosedur ni jgn takut2. Sumenyer tak seperti yang digembar-gemburkan ok. Cuma nasihat saya sblm prosedur banyakkan bace selawat dan ayat kursi, insyaallah Allah bersama kita dan kita akan dapat melalui prosedur dengan tenang.

8.2.11

En. 'P' Sudah datang..;(

Kenapa aku sedih..
Ye, memang aku sedih..
Tapi perlu ke aku sedih..
"Ya. Allah lindungilah aku daripada rasa gelisah dan sedih"

'En. P' sudah dtg, jd dah tiba masenyer utk another appoinment dengan doktor di LPPKN.

7.2.11

GEGAR 1,000 BLOG OLEH BEN ASHAARI

uhuk, mcm mn segmen ni, saya nk try jugak..hehe

                                    
SAYA SOKONG DUNIA BLOG dan SAYA SUKA KERANA SAYA MINAT MENULIS DAN  
MEMBACA BLOG ! ANDA BAGAIMANA ??

Ade sesape yang nak cuba? cuba intai kat sini Gegar 1,000 blog

Di mana2 traffic Jam..

Adeh..cuti ari tu, sangat la hepi atiku ini sbb dapat bersama-sama dengan En.suamiku..hehe

Alkisahnyer hari sabtu, member ku kawen di Melaka, Malam sabtu tu kami sebok plan perjalanan..
Jadualnyer :-

9.00 pagi - bangun tido( ni da lepas solat suboh ye ;p), bekfes, mandi2, g toilet buang ape2 yang patut, etc..
11.00 pagi - bertolak ke Melaka
1.00 ptg - Sampai tempat kenduri
2.00 ptg - g jalan2 sekitar Melaka (makan mee sup Tengkera, g jalan2 makan cendol kat jam besar ke, then petang2 skek g Umbai plak,,Canteeeeeeeekk!

Patu balik, depends la kul bape aktiviti2 di atas habes..;p

*************************

Apa yang jadi pada hari kejadian :-

9.00 pagi - bangun seperti Jadual
11.30 pagi - disebabkan En.Suami bersiap mengalahkan saya so terdelay sket bertolak..hehe
3.45 petang - baru sampai tempat kenduri ( aduihhh,, yang kat sini yang tensen ni!..bile masuk je hiway, starting from Nilai, kereta da gerak2 cam siput...boleh saba lagi..sampai pas Seremban..okla da gerak lancar sehinggalah sampai di persimpangan ayer keroh...arghhh..panjangnyer beratur utk bayar Tol, dah la terlupa bawak TnG, tahap kesabaran mula menipis..lepas bayar tol, kene plak tempuh traffic light yang dah sememangnyer menjadi punca kepada masalah traffic jam,,warghhhh..geramnyer..tidak dapat sabar lagi...En. Suami juga dah hilang saba..uhuk,, sesat plak tuuuuuu, nak u turn pun jam jugaaaaakk..muka En. Suami dah mula berubah..kesian sayang! penat kaki tekan brek. Tapi Alhamdulillah akhirnya kami berjaya juga sampai ke tempat kenduri. 
4.30 - masih awal sempat lagi g mee sup Tengkera
5.15 - dah tak sempat nk g jalan2 sebab bapak polisi merata2 dan jalan banyak yg ditutup sebab ramai sgt org. Hm..nampaknyer tak sempat lah ke Umbai...teros bertolak balik ;(
8.30 - Baru sampai umah. Perjalanan balik lagi terok..huh, malas nk cete...dari Melaka nk kuar hiway pun jam, ape tah lagi dekat hiway.....

Terima kasih En. Suami kerana memandu dengan penuh kesabaran. Luv U! ;)


2.2.11

Teringat Masa Itu.

Tengah dok tader kije kat opis ni, tbe2 teringat plak hari ituuu...

Hmm, kawan saya datang bilik saya dan tanpa apa-apa prasangka saya juga melayan ceritanya sehinggalah terkeluar cerita tentang dato' CT Nurhaliza yang dah beberapa tahun mendirikan rumahtangga tapi masih belum dikurniakan cahaya mata.

Tibe2 terpacul dari mulutnya.."kesian la kat dato' Siti tu kan..kaya raya tapi takde zuriat, rugi je die tak dapat nk wariskan harta die kat anak2 die kan?"

SUBHANALLAH!...aku hanya berdiam diri, dan die mula rase bersalah....

ehh..erkk..aku tak kata kat kau tau...kau tu baru lagi...kau jangan la terasa plak...

HMM..dengan tersipu-sipu die pun keluar dari bilikku..

Sakit ke buat HSG 2?

Setelah perbualan bersama nurse tersebut, kami pun balik rumah. Saya tak pasti mcm mn perasaan suami saya tapi perasaan saya bercampur2, masih lagi nervous, takut, seriau tapi pada masa yang sama saya sangat ingin memiliki cahaya mata.

Start drpd hari tu, setiap hari saya bertemankan pakcik google, macam2 blog dan pengalaman org saya bace. Sudah tentu jauh di sudut hati saya, saya berdoa supaya saya dikurniakan cahaya mata sebelum prosedur tersebut dijalankan. Namun apakan daya, Tuhan lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hambanya. Saya period juga tapi......................

saya masih belum  bersedia untuk prosedur itu.

saya : abang..saya takut la nk buat HSG. macam2 saya bc di internet.
Abang : Janganla bace bende2 macam tu, habis klu tak buat sekarang bile lagi nak buat?

saya : saya belum sedia la abang..
Abang : nak tak nak satu hari awak akan buat juga. takpe jangan risau, nnt saya teman awak masuk dalam

saya: saya bace di internet, suami tak dibenarkan masuk
Abang : hmmm, ikut awaklah, wak pk la dulu, bile dah bersedia baru kite pegi.

*dalam hati* terima kasih sayang kerana memahami perasaan ini.

Akibatnya selama 2 bulan saya menangguhkan dan mengumpulkan kekuatan untuk menghadapi prosedur tersebut. Namun begitu, setelah condiser kesabaran en.suami dalam perkara ini saya pun mengambil keputusan untuk melakukannya juga............................

*NEXT ENTRY*