20.2.11

::IsTiHadHah (3)::

1st time saya tengok rawatan yang dilakukan live di TV3 oleh Us. Sharhan ialah rawatan mengeluarkan susuk..uhuk maafkan saya ye, tajuk yang sebelum ni saya cakap 'rasuk' tu sebenarnyer 'susuk'..hehe..saya sangat kagum dengan kaedah rawatan dengan menggunakan ayat al-quran ini, masyaAllah hanya dengan Air zam-zam dan bacaan ayat alquran kepada pesakit, susuk tersebut berjaya dikeluarkan.


Berbalik kepada penyakit istihadhah yang saya alami. Selepas sy tengok rancangan tu, tangan saya mula pantas bertanya pada pkck google tentang kaedah2 dan rawatan2 islam sehinggalah sy menemui satu kaedah yang dipanggil ruqyah. Dari apa yang saya faham ruqyah ini ialah kaedah rawatan dengan menggunakan ayat2 al-quran dan zikir2 serta doa2 yang diajarkan oleh Rasulullah S.A.W. Subhanallah! kenapa baru skrg sy tahu mengenai kaedah ini. Sesungguhnya selama ini memang sy lupa bahawa Rasulullah telah meninggalkan umatnya dengan 2 perkara iaitu al-quran dan As-sunnah. Ya Allah maafkan hambamu kerana terlalu lalai dengan nikmat dunia yg engkau berikan Ya Allah.


Jari jemari sy pantas lagi bertanya pd pkck google dan kali ini mengenai ruqyah pula sehinggalah saya menjumpai mp3 ruqyah dan bacaannya. Sy terus download dan mendengar bacaan2 tersebut sama ada sebelum tidur mahupun di office. Tapi apa yg sy bace di blog2 mengenai ruqyah, ayat2 ini tak boleh dipasangkan di dalam kereta kerana bimbang akan memudharatkan atau berlaku kemalangan. 


Apa yang menarik semasa saya mengamalkan mendengar dan mengikut bacaan ruqyah ini ialah darah istihadhah sy tidak henti2 mengalir. Tidak seperti sebelum ini, darah akan berhenti sekejap dan dtg seperti dijadualkan. tapi kali ni istihadhah mengalir berterusan dan sy mula tertekan. Ya Allah sy berdoa siang dan malan supaya diberikan jawapan apakah hikmah disebalik ujian yg menimpa diri sy. Namun sy bersyukur kerana mendapat seorg suami yg sgt memahami dan sanggup menempuhi ujian ini bersama2 dgn saya. Terima kasih ya Allah. Disebabkan darah yang tak berhenti mengalir, sy mula tertanya mungkinkah bacaan yg sy amalkan ada salah di mana2 atau urutannya mungkin tidak betul atau.....macam2 yg bermain di fikiran sy. Dalam kerisauan, sy masih teringat dengan saranan buku yg sy bace dulu iaitu wanita yang istihadhah perlu berjumpa dengan org alim. Jadi sy berbincang dengan En. Suami untuk pergi ke Pusat Rawatan Zamdurrani dan berjumpa sendiri dgn Us. Sharhan. Alhamdulillah seperti yg dijangka En.Suami sgt memahami dan membenarkan sy mencubanya.


hmm...panjang lagi cete ni...sy nk solat dulu...uhuk~~~


To Be Cont......









0 comments: