Semalam berjumpe doktor di LPPKN.
Mase berjumpa dengan DR. beliau terangkan semuanya dari A-Z ape yang berlaku dalam setiap bulan kehidupan seorang wanita - (En. P yang dtg every month tu). Terasa kerdil diri ini di sisi Tuhan semesta alam. Indah sungguh ciptaanNya.
Apabila lahirnya seorang bayi perempuan ke dunia ini, kilang telur di kiri kanannya sudah mula terbentuk. Benih telur telahpun tersedia di dalam kilang-kilang tersebut tetapi dengan Kuasa Allah, tiada siapa pun yang tahu berapa jumlah telur yang dibekalkan oleh Allah kepada hambanya. Subhanallah! Namun kanak-kanak perempuan berumur 1-8 tahun tidak akan mengalami haid kerana pembentukan hormon masih dalam proses. Sehingga meningkat remaja, hormon semakin meningkat dan kilang telur mula bekerja. Maka remaja perempuan berumur 9 atau ke atas akan mengalami haid.
Bermulalah kitaran ini pada setiap bulan bagi seorang wanita di mana pada setiap bulan satu telur akan dipilih and again dengan Kuasa Allah tiada sesiapa pun yang mengetahui telur mana yang akan dipilih sama ada dari kilang sebelah kiri mahupun sebelah kanan. Subhanallah! Kemudian telur ini akan dirangsang oleh hormon-hormon wanita daripada ia kecil sehingga menjadi besar. Apabila telah besar, salah satu hormon wanita dipanggil P4/progestrone akan mematangkan telur tersebut kemudian pecah dan seterusnya keluar dari kilang menuju ke hujung tiub fallopio. MasyaAllah di situlah nnt pertemuan En. Sperm dan telur itu. Sekiranya En.Sperm berjaya bersatu dengan telur td maka terbentuknya makhluk Allah yang indah yang dipanggil bayi. Namun sekiranya tiada persenyawaan atau tidak berjaya bersatu maka turunlah ia sebagai darah haid. Di sini bermulalah semula pemilihan telur yang lain dari kilang seseorang wanita dan ini berlaku pada setiap bulan sehingga telur habis. Masya ALLAH. Indahnya ciptaan Tuhan.
Sesungguhnya Tuhan itu maha pengasih lagi maha penyayang. Ada antara wanita-wanita yang diciptakanNya telah dipilih untuk diuji keimanan dan kesabaran mereka. Antara hormon-hormon terpenting wanita adalah Hormon Follicle Stimulating Hormone (FSH), Luteinizing Hormone (LH), dan Progesterone (P4). Sekiranya salah satu daripada hormon-hormon tersebut tidak seimbang, sama ada terlebih atau terkurang, maka terjadilah keadaan di mana terdapat telur yang tidak matang, telur yang tidak menetas, haid tidak regular, haid mengambil masa seperti 2-3 bulan sekali dan sebagainya. Disebabkan itulah juga tejadinya masalah sukar hamil. Di samping itu terdapat juga masalah-masalah lain seperti rahim tidak terbentuk dengan sempurna, saluran tersumbat dan sebgnya. Perkara-perkara inilah yang memerlukan rawatan dan ikhtiar. InsyaAllah setiap penyakit pasti ada penawarnya kecuali mati.
Sesungguhnya Tuhan itu Maha Berkuasa. Hanya dialah yang mengetahu Perjalanan hidup hamba yang diciptakanNya. Berdoa dan bertawakkallah kepadanya seiiring usaha yang tidak putus, kerana sesungguhnya Allah suka akan hambanya yang bertawakkal.
0 comments:
Post a Comment