14.2.11

::Doa Dan Amalan Memperolehi zuriat::

:.Never give up.:

Ye, memang sll saya ingatkan diri saya, jangan sesekali lupa untuk berdoa kepada Tuhan yang maha Esa!

Mase tgh rajin bace2 blog rakan2 td, terbace satu entry ni mengenai Amalan-amalan yang disarankan oleh Ustazah Nor Bahiyah untuk mendapatkan zuriat..hehe yeah! sngt gembira..meh saya kongsi dengan rakan-rakan yang sudi..













Amalan-Amalan tersebut ialah :-


Amalan pertama.

Selepas Fajar ataupun Solat Subuh
- Baca Bismillah 1 kali
- Kemudian selawat kepada Nabi Muhammad SAW 3 kali.
- Setelah itu sujud dan baca kalimah syahadah 101 kali
- Dalam sujud tersebut mohonlah kepada Allah apa yang kita hajatkan. (Umpamanya: “Ya Allah, kurniakanlah kepada hamba mu zuriat atau anak yang soleh yang Engkau berkati di dunia dan akhirat)
- Kemudian tutup doa tersebut dengan membaca selawat 3 kali.
Amalkanlah cara ini baik suami ataupun isteri selama 15 hari atau teruskan jika masih belum berhasil dan jangan merasa putus asa. Sebab Allah tidak suka terhadap orang yang suka berputus asa.



Amalan kedua.

-Suami hendaklah membaca “Ya Mutakabbir” (Allah Yang Maha Memiliki Keagungan ) sebanyak 11 kali sebelum mengadakan jimak.
-Isteri hendaklah membaca “Ya Awwal” (Yang tiada permulaan adaNya) 333 Kali setiap hari.
-Isteri hendaklah membaca setiap hari “Ya Zaljalaali Wal Ikram” 11 kali kemudian tiup di dalam air dan air tersebut diminum.
-Suami isteri hendaklah membaca surah Yusuf / surah Maryam setiap hari.
Amalkanlah dengan penuh harap agar dimakbulkan oleh Allah SWT akan zuriat yang baik dan mendapat rahmat daripada-Nya.

Bagi mereka2 yang tengah pregnant juga ade amalan-amalan untuk mendapatkan zuriat yang baik. cuba visit sini ye

0 comments: