20.4.11

::Hari ni Tak Banyak Kerja::

So, saya boleh update blog saya.

Esok genap sebulan saya tak update2 blog saya ni. Last post ia;ah 21 Mac 2011.
Hmm, ape sebabnya..sebok sangat dengan perkara2 duniawi..hehe macam2, kerja yang memang tak habis2, meeting yang ad-hawk (miting kul 11 pagi, kul 9 pagi baru dpt memo..hampeh nyok!), n macam2 lagi la yang menyebabkan sy tak dapat nk update blog.

untuk kawan2 yang bace blog ni mesti tau yang sy ade buat rawatan di LPPKN.
Pada hari Khamis lepas sy dah berjumpa doktor semula (slps lab LPPKN dah mula dibuka) da sekarang bermulalah episod baru untuk saya dan suami.

Kami telah diberi opsyen untuk menjalankan prosedur IUI. Sy dan suami telah bersetuju tanpa banyak soal. Then pada 14.04.2011 doktor telah menyarankan untuk saya mengambil CLOMID dan ACID FOLIC. Selain drpd tu, ade satu ubat untuk suntik kat perot, GONAL F namanyer. Tuhan saja yg tahu betapa takutnya saya masa 1st time membuka kotak Gonal F untuk suntikan pertama di rumah. Bertemankan suami yang juga menggelabah, saya pun memberanikan diri, ikut step by step ape yang nurse dah ajar dekat klinik. Suntikan pertama telah berjaya hehe, suntikan ke2 juga dah berjaya. Hari ni ade lagi satu untuk disuntik. Ubat clomid dah abeh makan, acid folic plak hari2 nk kene telan. InsyaAllah, sy berdoa usaha saya dan suami akan membuahkan hasil. 

22.04.2011 - Appointment dengan doktor untuk US (ultrasound) nk tgk telur membesar ke idak..
25.04.2011 - InsyaAllah jika keadaan telur besar dan jumlahnya memberangsangkan (3-4 telur), proses IUI   
                     akan dijalankan. Semoga Allah memberkati kami. AMIN. 


2 comments:

puanstoberi said...

kak reen pun buat di LPPKN juga. tp baru start je pada 14hb retu.
Esuk baru nak HSG.

fadwah said...

GUD LAK HSG kak reen..